
Di tinggalkan boxer biru petak-petak
Marlboro soft pack
Yang sudah tinggal kotak
Dia tinggalkan air liur basi
Daki-daki
Dan haruman blueberry
Dia tinggalkan bisikan puisi rumi
Sebelum kita sama-sama beraksi
Dengan Tuhan sebagai saksi
Dia tinggalkan cecair putih pekat
Bulat-bulat
Berbau hanyir likat
Dia tinggalkan dengan pelukan
Juga ciuman
Sambil tangan berkeliaran
Dia tinggalkan aku sendiri
Dan janji untuk hadir lagi
Selepas selesaikan anak bini
Dia tinggalkan aku di sini
Di kamar sepi
Entah mahu senyum atau nangis lagi?
masa dia pergi mungkin akan nangis sendiri atas katil...
ReplyDeletetapi dia datang, senyuman kembali.. huish.... :|